Wednesday, February 7, 2018

FAMILY VACATION 2018

Hai korang.. 
Selamat tengah hari. 

Dah makan ker korang arinih. Hakak nak update story pasal pergi bercuti haritu. Kira macam #throwback lah kan. Hehe.. Tak jauh pon, tapi boleh la sekadar nak luangkan masa dengan anak2 kan. 

Akak pegi Langkawi jer. Yelah, anak2 akak tu dah lama dok bagitau keinginan nak main pantainya. Jadi yang paling dekat pon Langkawi jalah. Tapi, memang best pon pegi sana, tak jemu walau selalu p kat situ. Hehe.. 

Akak stay di Hotel Langgura Baroon Langkawi. Harga untuk semalam RM162.20. Booking melalui  https://www.hotels.com jer. Itupon last minit punya booking. Nasib jugaklah ada yang kosongnya. Yelah kan, Langkawi kan memang ramai sangat pelancongnya, jadi was2 jugak lah kalau nak p esok, harini baru nak booking semua. 

Kereta pulak akak ambik Toyota Avanza. Sehari RM80. Okeylah kan, MPV kan. Mulanya kawan akak nak join pergi holiday sama, tapi terpaksa cancel last minute, so daripada booking VIVA awalnya kami cancel ambik AVANZA pulak. Last2 dorang cancel x jadi p pulak, jadinya kami staylah dgn AVANZA tu. ( Boleh jugaklah merasa naik MPV kat negeri orang) Hahaha.. 




Ni gambar kat atas feri. Naik feri pukul 12 tengah hari sebab check in hotel pukul 3 kan. So malas nak p awai2 kang payah pulak. Biasalh anak2 kecik kan. Hihi

Okey, sampai sana dalam pukul 1.30 then terus amik keta g makan dulu. Baru balik hotel. Anak sulong akak memang tak sabar sangat nak p main pantai, asyik sebut ajer lagi tak sampainya. Biasalah, budak2 kan. Hehe.. 

Petang lepas asar, we all terus keluar p pantai. Jom layan gambar2 kat sana. 


 Gambar sebelum terjun pantai. haha.




 Nampak dak ke'excitednya' anak2 akak nih. 


Ni pulak reaksi puteri akak, baru 9 bulan. Reaksi pertama bila main pasir. Haha.. takut2 ada. 

Memang main sungguh lah dorang nih. Dah dekat pukul 7, hujan pulak turun. Apalagi, cabut lah, balik mandi kat hotel. 

After maghrib pulak, we alls keluar p makan dekat Restoren SeaShell. Area Pantai Chenang jugaklah. Malas rasa nak kelur gi jauh2. Tapi kan, malam kat situ memang happening. Sentiasa ramai ja orang tau. 

Malam tu akak makan set talam nasi kukus ayam goreng. Ada pilihan ayam goreng, ayam gulai dan ayam sambal. Kambing dan Daging pon ada tau korang. Akak ambik ayam jer pasal anak2 memang suka ayam goreng. Macam UPIN IPIN jugak. Hihi.. Satu set untuk 2 orang makan RM 59.20 termasuk air. Okeylah kan sekali sekala.  TQ encik Suami sebab belanja. 😍😍😍


 Ni nasiknya. Korang patut try kalu pegi sini yer. 


Selfie jap sementara tunggu nasik sampai. Izzara dengan bunga di kepalanya. Hehe

Okeylah, lepas makan we all jalan2 kejap tepi pantai, then balik bilik tido. 

Esok paginya, anak2 dgn asben akak terus g main pantai. Yelah kan dah nak balik petang tu, so biar diorang main dulu. 



After that, balik bilik terus siap2 then pukul 11.30 checkout. P cari makan dulu lepastu beli coklat kat Haji Ismail Group. Kalau mai langkawi tak beli coklat memang tak sah la kan. Yang seronoknya anak2 lah kan, heaven rasa boleh beli coklat dorang. Haha..

Akak pon sama jer, rasa teruja gila bila tengok coklat bebanyak. rasa nak jer ambik semua. haha.. Over sangat kan..😁😃

Lepas shoping coklat terus p hantar kereta sewa then diorang hantar kami ke Jeti. Tiket balik pukul 3 petang. Saja balik awal untuk kurangkan sesak. Sebab kalau tunggu petang sangat ramai lah orang. Tak tahan nak berebut tuh. Haha.. apa ke hal nak berebut pulak kan. HiHI..

Alhamdulillah, pukul 5 petang selamat sampai kat rumah. Dah sampai rumah, mulalah aktiviti mengemas pulak. (walau malas kena buat jugak) haha.. 

Okeylah, tu jer akak nak cerita harini. Throwback kisah cuti tahun ni.Mana tau dapat membantu korang bila nak p sana nanti kan. 

Btw, kalau uals nak dapatkan produk2 SHOM, boleh terus wasap/msg/call akak yer. 0124419184. 

Always ready stok. In Shaa Allah, akak membantu yang termampu ya. 

Yang nak tambah income pon boleh jer, akak ajarkan yer. Untung sangat kalau korang join akak. 
Kalau ada yang terjatuh hati dengan tawaran akak ni, jom terus jer wasap akak. 

#MaharaniPerlis
#PremiumBeautifulPerlis



No comments:

Post a Comment